Galeri
Sila Pilih Galeri yang ingin dituju dari menu hadapan
Galeri Aktiviti
Sinar Harian 30/6 & 1/7 2016
30/06/2016
Pada 30 Jun 2016 telah diadakan Majlis Penyampaian Zakat Koperasi di PPD Tanah Merah.
Selepas majlis penyampaian diadakan di Machang, YBhg. Dato' Ab. Aziz bin Abdullah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bersama Y.M Raja Anoro bin Raja Kob Pengerusi Lembaga Koop Guru bergegas ke untuk majlis yang sama di PPD Tanah Merah. Majlis telah diiringi oleh YBrs. En. Nubli bin Hj. Ab. Latif Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah. Jumlah zakat sebanyak RM10,000 telah disampaikan kepada 100 orang murid yatim dan asnaf di kawasan Tanah Merah.
Koop Guru mengucapkan terima kasih kepada PPD Tanah merah kerana menyediakan dan mengurskan majlis tersebut. Kami juga amatt berbesar hati dengan layanan kakitangan PPD tanah Merah yang mesra dan peramah.
koop Guru berharap dengan pemberian yang sedikit ini dapat mengembirakan hati semua penerima. Diharap tahun hadapan akan ada lagi pemberian sebegini.
Gambar selanjutnya di facebook kami
29/06/2016
Majlis Penyampaian Zakat Koperasi Guru Melayu Kelantan telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas pada 28 Jun 2016.
Sebanyak RM10,000 zakat Koperasi di peruntukan bagi daerah Pasir Mas. Dengan kerjasama daripada PPD Pasir Mas menyenaraikan 100 orang anak yatim dan asnaf untuk menerima RM100 seorang. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Che Ab. Aziz bin Daud Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan & Kemanusiaan JPN Kelantan mewakili Dato Pengarah JPN Kelantan di iringi oleh Tuan Haji Ahmad Termizi bin Hj. Musa Ketua Pengawai PPD Pasir Mas bersama Y.M Raja Anoro bin Raja Kob Pengerusi Lembaga Koop Guru.
Diharap dengan pemberian ini dapat mengembirakan semua penerima
Gambar selanjutnya di facebook kami
27/06/2016
Keratan Akhbar Sinar Harian 26/06/2016
26/06/2016
Majlis penyampaian Tabung Kebajikan Anggota untuk Khairat Kematian dan Rawatan Kritikal telah diadakan pada 25 Jun 2016 di Pejabat koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Majlis yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga yang juga Pengerusi Tabung Kebajikan Anggota (TKA) bersama ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan Anggota. Seramai 12 orang penerima telah hadir dengan jumlah keseluruhan bernilai RM75,500.00.
Diharap dengan pemberian ini dapat meringankan sedikit beban kepada waris dan juga anggota.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir.
Gambar selanjutnya di facebook kami
23/05/2016
Pada 21 Mei 2016 telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke 21 tahun 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Negeri Kelantan.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Dato' Hj. ab. Aziz bin Abdullah bersama Timbalan Pengarah SKM Negeri Kelantan.
Mesyuarat telah bermula jam 10.30 pagi dan Anggota Perwakilan telah sebulat suara melantik Haji Jamaluddin Yusof Perwakilan daripada Pasir Mas sebagai Pengerusi Mesyuarat. Bagi sesi pemilihan Anggota Lembaga seramai 7 orang bertanding termasuk 5 orang ALK yang gugur dan bertanding semula. Proses pengundian berjalan lancar menggunakan khidmat ANGKASA.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, mereka yang berjaya ialah Haji Che Husin b. Che Soh, Haji Muhmad Saupi Yunus, Haji Rosli b. Hassan dan Haji Mohamad Razali b. Hj. Bakar. Tahniah kepada En. Mohd Fadzil b. Che Saleh kerana turut berjaya menyertai barisan ALk Koop Guru.
Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir .
31/10/2015
Kursus Pendidikan Berkoperasi telah diadakan di Hanis Villa Hotel, Kota Bharu pada 31 Oktober 2015.
Kursus anjuran bersama Koop Guru dan ANGKASA yang bertajuk KD5: Peranan, Tanggungjawab dan Hak Anggota telah diselaraskan degan jayanya oleh En. Abu Bakar Busman Pegawai Pelajaran ANGKASA. Interasksi dua hala antara penceramah dan perserta menjadikan suasana kursus amat ceria di samping peserta menerima ilmu yang amat berguna.
Terima kasih diucapkan kepada anggota yang hadir jutaan terima kasih kepada penceramah dan pihak ANGKASA. Diharap dapat terus memberi ilmu kepada kepada kami.
11/10/2015
11 Oktober 2015, Koop Guru telah menerima rombongan daripada Koperasi SerbagunaPekerja-Pekerja Kerajaan Daerah Sabak Bernam Selango (KOSPEK). Rombongan telah diketuai oleh Pengerusi KOSPEK Tuan Haji Sukimin b. Saiman bersama Setiausa Tuan Haji Sarif b. Hasbullah serta Bendahari En. Zainuddin b. Safuan diiringi bersama oleh ALK, JAD serta kakitangan KOSPEK. Peserta rombongan telah diberi sedikit penerangan berkenaan Koop Guru.Disamping itu juga kedua-dua koperasi telah memberi saling bertukar pendapat dan pengalaman dalam mentadbir dan belbagai hal lain. Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat Koperasi kami.
06/10/2015
04/10/2015
Majlis Penyampaian Zakat kepada pelajar anak yatim bagi kawasan Kota Bharu telah diadakan di PPD Kota Bharu pada
4 Oktober 2015. Majlis telah disempurnakan oleh Pengawai PPD Kota Bharu Tuan Haji Che Ab Aziz b. Hj. Daud bersama Pengerusi Koop Guru Y.M Raja Anoro bin Raja Kob. Sejumlah RM 10,000 telah diagihkan kepada 100 orang anak yatim. Diharap dengan pemberian ini dapat meringankan beban dan mengembirakan mereka.Terima kasih di ucapkan kepada semua yang hadir serta kepada PPD Kota Bharu kerana menyediakan maklumat dan tempat untuk majlis tersebut.
03/10/2015
Mesyuarat Agung Perwakilan Khas 2015 telah diadakan di Dewan Sri Tunjong, JPN Kelantan pada 3 Oktober 2015.
Majlis telah di rasmikan oleh Timbalan Pengarah SKM Negeri Kelantan Tuan Haji Anuar b. Mohamad.
Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi anggota Perwakilan sebulat suara melantik Dato Hj. Amran bin Ghani sebagai Pengerusi Mesyuarat. Agenda Mesyuarat adalah beberapa pindaan akta dan pertambahan cabang perniagaan Koop Guru. Banyak yang di perbincangkan dan memberi pandangan bersama.
Mesyuarat berakhir pada jam 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua anggota perwakilan yang hadir.
19/09/2015
Selamat datang diucapkan kepada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) ke Koop Guru pada 19 September 2015. Rombangan seramai 9 orang telah diketuai oleh Pengerusi Lembaga En. Ahmad Sobri bin Lebai Isa. Kedatangan adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan menimba ilmu daripada Koop Guru berkenaan dengan Perniagaan Pajak Gadai Ar-Rahn. Kedua-dua Koperasi telah bertukar-tukar pandangan dan pendapat secara terus dapat mengeratkan lagi hubungan. Majlis telah disajikan dengan nasi dagang. Terima kasih atas kesudian melawat Koperasi kami.
18/09/2015 - Sinar Harian
17/09/2015
Turut diadakan pada hari yang sama denga kawasan Bachok, Majlis Penyampaian Zakat Koperasi kawasan Pasir Puteh. Majlis bermula jam 11.00 pagi turut disempurnakan oleh Pengarah JPN Kelantan Tuan Haji Aziz bin Abdullah, Ketua Pegawai PPD Pasir Puteh Tuan Haji Harun bin Yusof, Pengeryua SMK Kamil Tuan Haji Azmi bersama Pengerusi Lemabga Koop Guru Y.M Raja Anoro bin Raja Kob.
Sumbangan Zakat sebanyak RM10,000 diagihkan kepada 100 anak yatim dan asnaf. Diharap dengan sumbangan ini dapat memberi kegembiraan untuk mereka menyambut sambutan Aidiladha yang akan datang.
Terima kasih kepada JPN Kelantan, PPD Pasir Puteh dan Pengetua SMK Kamil kerana menjayakan majlis yang amat bermakna ini.
17/09/2015
Majlis Penyampaian Zakat Koop Guru kepada anak-anak yatim dan asnaf telah diadakan di PPD Bachok pada 17 September 2015. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Kelantan Tuan Haji Ab. Aiziz Abdullah, Pegawai PPD Bachok En. Mohd Faizul Yusof bersama Pengerusi Koop Guru Y.M Raja Anoro b. Raja Kob.
Sumbangan zakat bernilai RM10,000 telah diberikan secara terus kepada anak-anak yatim dan asnaf yang layak sebanyak RM100 seorang kepada 100 penerima.. Diharap dengan sumbangan ini dapat meringan sedikit beban yang terpaksa di tanggung oleh pelajar.
Pihak Koop Guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada JPN Kelantan dan PPD bachok kerana telah menyediakan majlis yang cukup sempurna.
22/08/2015
Taklimat Wakil sekolah bagi kawasan Machang, Tanah Merah, Kuala Krai dan Jeli telah diadakan di Sek. Keb. Tok Bok, Machang pada 22 Ogos 2015.
Majlis anjuran JAwatankuasa Keanggotaan dan Pendidikan Koop Guru bdiadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara wakil sekolah dan warga ALK dan Koop Guru. Ia juga bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Wakil Sekolah berkenaan perkembangan Koop Guru.
Dengan adanya wakil sekolah ini memudahkan lagi warga pengurusan Koop Guru untuk mengemaskini data anggota.
Majlis telah di pengerusikan oleh Hj. Lameri bin Mahamud Ahli Jawatankuasa JKP. Manakala taklimat telah disampaikan oleh En. Muhamad Nor bin Ishak Pengerusi JKP.
Koop Guru amat berharap dengan adanya Wakil Sekolah ini dapat memberi maklumat dan pandangan demi memjukan lagi Koperasi kesayangan kita ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada wakil sekolah yang hadir kerana telah memberi kerjasama dan beberapa pandangan serta cadangan yang amat berguna.
17/08/2015
Majlis Penyampaian Tabung Kebaikan Anggota untuk Sumbangan Khairat Kematian dan Sumbangan Rawatan Kritikal telah berlangsung pada 17 Ogos 2015 di Pejabat Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Penyampaian telah di sempurnakan oleh Y.M Raja Anoro b. Raja Kob Pengerusi Lembaga Koop Guru. Turut hadir ialah En. Mohamed Zahari b. Mohamed Zain, Setiausaha JK Kebajikan Anggota serta Haji Mansor b Mat noh, En. Muhammad Nor b. Ishak dan En. Yahaya b. ISa Anggota Lembaga Koperasi.
Seramai 24 penerima untuk Khairat Kematian dengan nilai keseluruhan bernilai RM165,000. Manakala untuk sumbangan Rawatan Kritikal seramai 12 penerima bernilai RM17,000.
Sumbangan Khirat Kematian untuk anggota ialah bernilai RM10,000 manakala pasangan bernilai RM5,000.
Di harap dengan pemberian ini dapat membantu anggota serta waris.
Galeri Projek
Sila ke bahagian Produk dan Perkhidmatan
Galeri Produk
Sila ke bahagian produk & perkhidmatan