lamanutama
MAKLUMAN PERPINDAHAN
Pejabat Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad telah berpindah ke :
Lot 2333, Bangunan Koop Guru Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan
Dan telah mula beroperasi di Pejabat baru pada 2 NOVEMBER 2016.
Sehubungan dengan itu kami membuka tawaran sewa untuk Bangunan Koop Guru di Jalan Kebun Sultan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mansor : 097482481 /
0139414444
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan : 357-02268132
Ikuti juga kami di Facebook!
https://www.facebook.com/koopguru/
Tentang Kami
Tengku Mahmood Mahyiddeen
Namanya kian dilupakan oleh generasi masa kini. Mungkin segelintir insan yang masih mengenang jasa-jasanya ialah mereka yang pernah belajar di Maktab Sultan Ismail dan Sekolah Menengah Zainab yang diasaskan oleh putera raja ini, ataupun barangkali warga Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyiddin yang mengabadikan nama wira berkenaan sebagai ikon institusi mereka. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan sejarah nama Tengku Mahmood Mahyiddeen masih segar dalam ingatan sebagai wira atau idola dalam pelbagai bidang. Mereka yang bergerak aktif dalam kegiatan koperasi, khususnya anggota Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad, masih mengenang jasa Putera Raja Patani ini sebagai tokoh yang mengasaskan koperasi yang dikendalikan oleh guru-guru Melayu di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Tengku Mahmood Mahyiddeen telah dilahirkan di Istana Chabang Tiga, Patani pada 30 Ogos 1908. Ayahandanya bernama Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen merupakan raja yang terakhir memerintah negeri Melayu Patani sebelum Kerajaan Siam menjajah dan mengambil alih negeri itu pada tahun 1902. Bondanya Che Maimunah ialah anak kelahiran Kelantan. Selepas dilahirkan beliau dan ibunya berpindah ke Kota Bharu dan tinggal di Istana Tengku Seri Akar. Ketika berumur empat tahun beliau telah dibawa balik ke Patani oleh ayahandanya apabila bondanya meninggal dunia. Apabila usianya memasuki alam persekolahan Tengku Mahyiddeen berpindah semula ke Kota Bharu. Di sini beliau telah dibesarkan oleh ayahandanya dalam suasana masyarakat biasa supaya menjadi seorang yang berguna kepada bangsanya - bukan lagi sebagai seorang kerabat diraja.
Visi,Misi & Matlamat
Visi
Mencapai tahap Koperasi cemerlang menjelang tahun 2020 dengan memenuhi keperluan anggota dan pematuhan kepada aturan dan undang-undang berlandaskan syariah.
Misi
Memperkasakan pengurusan Koperasi dan meningkatkan taraf ekonomi anggota menerusi aktiviti jimat cermat, pembiayaan, pelaburan, perniagaan, pendidikan dan perkhidmatan kebajikan.
Matlamat
Memastikan pencapaian prestasi keuntungan yang optimum bagi memberi pulangan dividen dan perkhidmatan yang terbaik kepada anggota
Produk/Perkhidmatan
AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KOPERASI
1.Aktiviti kredit
2.Aktiviti Pengguna (BGSB,Kedai Tayar,Kedai Panel & Ar-rahn
3.Pelaburan & Hartanah (PHT)
4.Kebajikan Anggota (TKA)
5.Kumpulan Wang Biasiswa Dermasiswa (KWBD)
6Tabung Khairat Penebus Hutang (TKH)
7.Pendidikan dan Latihan (J3P)